.

.

Sekapur Sireh


Armaq Consultant merupakan Pusat Pendidikan Bahasa Arab, Al-Quran, Jawi dan Fardu Ain, di samping menganjurkan program kerohanian dan pemantapan sahsiah sempena cuti sekolah semenjak tahun 2003 yang lalu berpusat di Jitra, Kedah Darul Aman. Kini pejabat Armaq Consultant ialah di No. 899 & 900 Taman Tengku Maheran, Jalan T/M 27, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
Armaq Consultant diurus dan dikendalikan oleh graduasi-graduasi lepasan Universiti Timur Tengah dan lepasan Universiti Tempatan serta Mahasiswa dan Mahasiswi yang masih menuntut di Timur Tengah dan Tanahair. Di samping itu, Armaq Consultant bekerjasama dengan beberapa Institusi Pondok dan Maahad Tahfiz  sekitar Daerah Kubang Pasu dan Kota Setar di dalam menjalankan aktiviti kerohanian, keagamaan dan Tahfiz Al-Quran.
Antara program yang dijalankan oleh Armaq ialah Program Pengajian Al-Quran Harian, Kelas Pengajian Hujung Minggu dan Program Cuti Sekolah. Kelas pengajian Al-Quran harian diadakan 4 hari seminggu untuk pelajar dan 4 jam seminggu untuk dewasa. Manakala kelas pengajian hujung minggu pula diadakan setiap hari Jumaat @ Sabtu untuk pengajian Bahasa Arab, Jawi dan Fardu Ain bagi pelajar sekolah Rendah dan Menengah. Untuk program cuti sekolah pula, Armaq Consultant akan menawarkan dua program iaitu Program Balik Hari selama 25 hari @ 100 jam @ 5 hari seminggu @ sehari 4 jam dan Kem Cuti Sekolah Bersama 3 Tok Guru serta Kem Kecemerlangan Diri Bersama Huffaz selama 8 hari 7 malam.
Alhamdulillah, program anjuran Armaq Consultant mendapat sambutan yang menggalakkan dan dapat bertahan sehingga ke hari ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dengan sokongan dan dokongan semua pihak demi kemaslahatan Bahasa Arab, Al-Quran, Jawi dan Fardu Ain ke arah melahirkan anggota masyarakat yang memperolehi kecemerlangan akademik dan sahsiah diri demi kebahagian  di dunia dan akhirat.